Friday, July 31, 2009

KELASKU

Ha..apa yang korang nampak kat gambar 2, 2 la keadaan dalam bengkel ketika aku mengajar.Bengkel ni cam lab sains plak hehehe...Tguk bebudak..cam rajin jek uat keje(rajin ke?).Tapi ni la suasana yang sempat aku rakam ketika aku mengajar.
Hahahaha..ni la antara mende yang aku coretkan kat papan hitam...hehehe..cam serabut jek kan?Aku pon sebenarnye malas nak tguk..haha..sebab aku tau tulisan aku x cantik..mesti pening dak2 tguk..hahaha

PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK

KAPIT 29 julai-Pesta Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan pelajaran atau ringakasnya PSKPP peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Bahagian Kapit pada tahun ini mulai 29 Julai hingga 2 Ogos.Pelbagai acara dipertandingkan dan sekolah-sekolah sekitar kapit telah di tanggungjawabkan untuk menjadi penganjur bagi acara-acara tersebut.
Sekolah aku, Smk Selirik telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengelola bagi pertandingan sepak takraw.Pertandingan di adakan di 2 venue iaitu bagi kategori senior di jalankan di Smk Kapit no.2 dan bagi kategori Veteran diadakan di sekolah aku.Semua guru sibuk memastikan segala perancangan dan perlawanan berjalan dengan lancar.

Wednesday, July 29, 2009

WONDERPETS KAMI DATANG!

Wonderpets2 kami datang..Membantu sang haiwan dalam kesusahan..Hehehe..Actually ni la hamster kat bengkel aku..Beli hamster ni sebenarnya untuk kerja kursus student form 2..Tapi setakat ni aku tguk hamster ni uat display jek..huhu.Etu ade byk eko sebenarnya tapi byk da mati.Siap de yang kene kebas ngan kucing lagi..hehe
Ha..ni la hamster yang paling aktif.Die ni tau jek lau aku datang.sebab lau aku datang aku selalu bagi makan.Hamster yang seko nih aku tguk rajin..aku bagi kuaci byk2 die simpan lam mulut.kumpul byk2 pas 2 simpan kat bawah abuk2 kayu 2..kre uat stok mkn la..hehehe..sempat gak aku mengkaji tabiat hamster nih

BANTUAN PAKAIAN SERAGAM

RABU 29 julai 2009 - Hari ni pihak sekolah telah mengedarkan bantuan pakaian seragam dan beg kepada pelajar yang berkelayakan.Bantuan yang di berikan oleh Kementerian Pelajaran ini telah disampaikan kepada pelajar oleh Penyelia Petang Cikgu Marcus.Diharap dengan bantuan ini pelajar akan lebih bersemangat dan lebih kemas untuk menghadiri persekolahan.Kelihatan di gambar Cikgu Dennis Stephen bergambar bersama pelajar yang telah menerima bantuan.

Tuesday, July 28, 2009

TUAN SUHAINI SELAMAT MELAHIRKAN

Ustazah Tuan Suhaini telah selamat melahirkan baby girl pada 27/7/09 jam 12.30 pagi.Same2 kte ucapkan tahniah untuk die..Alhamdulillah akhirnye selamat gak die lahirkan baby...

P/s:Doakan utk aku plak pas ni..hehe

SRIKANDI PIALA UBER



Salam kengkawan..

x ni aku nak share ngan korang cte pasal team badminton yang mantap kat skul aku ni.Ha..ni la geng2 yang mantap 2.Shikin,Yuni,Azilah dan Elina.Mantap ke?(main yang mantap ke orgnye mantap?hehehe).Team ni baru jek ditubuhkan.Harap mereka berjaya membawa pulang Piala Uber satu hari nanti..Hehehe..sebenarnye ni la antara aktiviti cekgu2 kat cni.bersukan..Kalau x memang bosan la hidup kat cni..xtau nak uat pe..lagipon lau dorang bersukan ni ley gak jaga badan..,.btol x ekin?(nak kawen)hehehe

Monday, July 27, 2009

USAHAWAN MUDA AH T

Hahaha..kengkawan..ni la mamat kantin yang sengal..Sengal mamat nih kengkadang uat hangin pon ade..Tapi selalunye kene bahan jek la..hahaha...Papepun kre steady gak la die nih uat air..bley la sedap gak..Kantin ni la tempat selalu akuk lepak..hehehe..len x aku letak pic pengerusi kantin lak..lau korang nak tau kantin ktrg nih ade pengerusi..Mr Low name die...Tapi satu jek kantin nih asyik2 makan maggie..xdek nasik..sian kat aku..hehehe

SMK SELIRIK

Ni la sekolah aku mengajar.Smk Selirik tempat ku berjuang.Ni pemandangan sekolah aku dari luar.Aku amik gambar ni dari atas jambatan yang menghubungkan skul aku dengan jalan besar.Kat kapit ni skul aku la yang hebat sebab de jambatan..hehehe...Hari ni waktu aku amik gambar ni jalan atas jambatan ni baru jek lepas turap..baru sedap nak jalan..kalau x berlubang sane sini.Bagus gak PSKPP negeri uatkat skul aku...Kalau x ntah ble baru dorang nk baiki jalan 2..Amacam?Steady x pemandangan skul aku?hehehe

BAHAN LUCAH DALAM E-BOOK

KUALA TERENGGANUSekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah ‘celik IT’ apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkara itu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasil pemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

“Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

*sumber Kosmo

So?inikah kejayaan yang dihasilkan melalui penggunaan e-book?memang bagus sebenarnya penggunaan e-book ni.Tapi salah penggunaannya akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan.Kalau ini terjadi lebih merugikan anakanak bangsa.Yang untung tokey2 pembekal e-book dapat untung berjuta2.Budak2 2 oley belajar seks walaupun abg2 mereka di sekolah menengah belum pun dapat belajar pendidikan seks..hehehe..kemajuan memang penting..tapi ada batasnya dan perlu ada bimbingan..jangan sampai tersesat jauh..Menang sorak kampung tergadai nanti

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
-
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
-
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
-
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
-
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

MEMBERSIHKAN BOTOL SUSU


Salam ceria

Membersihkan botol susu , tak kira susu ibu yang di perah atau susu formula , adalah amat penting untuk anak anda. Botol yang kurang bersih dan masih ada sisa susu yang melekat amat merbahaya pada bayi.
Bayi boleh sakit perut atau cirit birit jika kita tak berhati-hati. Cara paling mudah ialah setiap kali anda mahu memberikan susu pada bayi anda, jika menggunakan botol la, rebus botol susu tersebut dengan air panas dahulu. Buka kesemua komponen botol tersebut.

Dengan cara ini kesemua bahagian akan lebih bersih dan jauh dari kuman. Kemudian berus botol susu dengan berus pembersih dengan puting botol susu itu sekali.

Jika anda anda steril machine tu boleh juga guna. Tak silap saya tablet pembersih botol susu pun ada. Cara mudah dan paling baik ialah rebus saja botol susu tu dalam air panas. Jimat belanja

TIPS BELAJAR SAAT AKHIR

  1. beri tumpuan terhadap pelajaran
  2. yakin terhadap kebolehan diri
  3. rehat secukupnya
  4. hapuskan tabiat suka tidur
  5. jangan ambil sebarang ubat yang meragukan
  6. beri tumppuan bab2 yang penting

Sunday, July 26, 2009

13 TANDA ANDA JATUH CINTA

ika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Tips Cinta BY Eisya Insyirah.

SMK SELIRIK VS POLIS 1-0

SABTU 25.JULAI.2009 Perlawan terakhir kumpulan A menemukan Smk Selirik dan Polis.Perlawan penting bagi Selirik untuk melayakan diri ke peringkat separuh akhir.Selirik bermain bermati-matian untuk mencapai kemenangan.Jaringan pemain pertahanan Sungbully pada minit ke lima cukup untuk membantu pasukan Selirik untuk mencapai kemenangan tipis 1-0 sekaligus melayakkan Selirik ke separuh akhir.Perlawanan tersebut turut di cemari beberapa insiden kekasaran(Polis men jahat?).Dengan kemenangan tersebut pasukan Selirik telah di tabalkan sebagai juara kumpulan dan dijangka akan menentang pasukan Kapit B pada perlawanan separuh akhir nanti.
Selirik:(pertahanan)zuki,anselm,fendi,sungbully
(tengah)aje,paie,sthepen(dehe),pok nik,(penyerang)jemat,marcos"boss",(shah),(penjaga gol)man belon(zam).
penasihat@penyokong:Rizal botak,linderq
cameraman:benus,atok yb 5zul

KOLEKSI PETUA

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

Mengatasi Sengal Tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Merawat Kulit Berkedut:

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

Legakan Sakit Gigi:

Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

Segarkan Mata:

Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:

Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.


Kulit Limau Hilangkan Bau Badan:

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

Mengurangkan Dengkur:

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Cara Menghilangkan Ketuat:

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Menaikkan Seri Muka:

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

Mengelakkan Nafas Berbau:

Sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.

Limau Nipis Mewangikan Rambut:

Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur:

Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi.


Mengelak Keguguran Rambut:

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

Ubati Bibir Yang Pecah:

Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

Menghilangkan Kembong Perut.

Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut.


Atasi Tumit Pecah:

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

Ubat Sakit Angin:

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.

Menghaluskan Kulit Muka:

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Melembutkan Tapak Kaki:

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh:

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

Mencantikan Telur Rebus:

Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.

Menghalau Semut:

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Mengelakkan Lipas:

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Mengelakkan Sawang Atau Sarang Laba-Laba:

Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

Hilangkan Lebam Di bawah Mata:

Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

Menghilangkan Bau Mulut:

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.

Merawat Sakit Lecur:

Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

Meredakan Batuk:

Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman didalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin:

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Mencantikan Kulit Janin:

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

Mengembalikan Kesegaran Kepala:

Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.

Menghaluskan Kulit Muka:

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.

Mencabut Kutu Babi:

Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

SEKS KETIKA HAMIL

MENGIKUT pandangan pakar perbidanan dan sakit puan, secara umumnya tidak ada masalah untuk saudara melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau mengandung.

Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai kesan berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm yang dialami isteri saudara akan menjadi lebih hebat.

Bagaimanapun, akan timbul kebimbangan mengenai hubungan seks ketika mengandung yang dikatakan membahayakan kandungan. Perubahan hormon dalam badan isteri anda akan membawa kepada perasaan loya dan letih. Ini mungkin menyebabkan beliau tidak ada keinginan melakukan hubungan seks.

Seseorang wanita juga akan merasa tertekan apabila berlaku perubahan dari segi bentuk badan yang makin membesar. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan segan untuk melakukan hubungan seks.

Bagi lelaki pula, ramai menganggap keadaan tubuh wanita semasa mengandung lebih menarik dan mengghairahkan.

Apa yang penting, saudara perlu berkomunikasi dengan isteri dan berbincang dengannya. Jika beliau tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual.

Ini termasuk sentuhan fizikal, urutan, cumbuan, pelukan, ciuman dan mutual masturbation. Paling penting, keputusan perlu dibuat bersama dan dipersetujui kedua-dua pihak.

Jika hubungan fizikal tidak menjadi masalah bagi pasangan anda, saudara perlu mengubah posisi hubungan seks terutama sekali apabila abdomen isteri saudara menjadi semakin besar.

Ada beberapa posisi yang boleh dipraktikan termasuk:

Posisi wanita di atas (woman on top).
Spooning iaitu kedua-dua berada dalam keadaan mengiring dengan lelaki di belakang wanita, zakar dimasukkan ke dalam vagina dari belakang.
Hands and Knee iaitu kedudukan wanita seperti merangkak.
Isteri duduk atas riba.

Posisi ini akan mengurangkan tekanan kepada abdomen yang sedang membesar. Selain itu, ia boleh mengelak rasa takut jika hubungan membahayakan kandungan. Saudara boleh meneruskan hubungan seks hingga isteri mencapai tahap akhir mengandung.

Ada beberapa keadaan di mana hubungan seks akan membahayakan kandungan. Ini termasuk:
Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
Isteri mengalami pendarahan.
Saudara atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.

Sebagai kesimpulan, hubungan seks semasa mengandung tidak membahayakan malah boleh menjadi lebih menyeronokkan.

Namun jika saudara tidak pasti, saya nasihatkan anda dan isteri berbincang dengan pakar sakit puan sebelum melakukan hubungan seks. Ini penting supaya tidak berlaku kemudaratan kepada kandungan.

Saturday, July 25, 2009

BEKAS NAIB PRESIDEN MIC SERTAI PKR

Menurut laporan Malaysiakini bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam telah menyertai PKR hari ini.Beliau mengumumkan kemasukannya pada satu majlis di Petaling Jaya yang turut disertai Penasihat Umum Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Turut di umumkan 10 bahagian MIC Petaling Jaya akan dibubarkan dan seramai 1700 ahli akan menyertai PKR.

Selamat Datang...Silakan masuk...

GERHANA? INDAHNYA KEJADIAN ALLAH


Gerhana Matahari pada 22 julai lalu.Gambar fenomena gerhana separuh ni di ambil di hadapan masjid di Yinchuan China.Indahnya pemandangan gerhana matahari di sebalik kubah masjid.

Friday, July 24, 2009

NARUTO SHIPPUDEN 118


Update terbaru dari aku.Naruto episod 118..Layan sume layan2.Episode kali ni Sasuke berjaya memujuk Jugo menyertainya.Sasuke telah menyatakan matlamatnya kepada Seigitsu, Karin dan Jugo.Apakah matlamat Sasuke?Jom same2 kte tguk




Kalau nak download klik cni jek
http://www.megaupload.com/?d=BVYATN9C

FAKTA ATAU AUTA?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

NARUTO SHIPPUDEN 117


Update untuk Naruto minggu nih.Episod 117.layan beb...episod 118 pas ni aku post





Kalau korang nak download klik jek kat cnih.
http://www.megaupload.com/?d=RAIWF98O

PUISI SUAMI ISTERI

Puisi Buat Suami, Puisi Buat Isteri
Isteriku,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akansilauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu…..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

Balasan Puisi Sang Isteri

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah…!!!

p/S: Hahahaha..kengkawan sila komen:P

WEB SITE PALSU?








Tak nampak perbezaannya, rite.. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.

The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.

Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.

KU LI MASUK PKR?

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Walaupun menafikan beliau akan menyertai PKR selepas dijemput secara terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai mempertimbangkannya dengan saksama.

Bahkan, desas-desus yang mengatakan beliau akan menuruti jejak Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR selepas menafikannya, kini bertiup kencang dan tidak ditolak oleh rakannya, Ustaz Ibrahim Azmi.

Siasahdaily/-

1MALAYSIA SATU MALAYSIA SUSAH

99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sembilan puluh sembilan peratus keluarga di negara ini merasa semakin sukar menghadapi kenaikan harga makanan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, tinjauan pendapat yang dijalankan pada tahun lalu mengenai kesan inflasi ke atas keluarga mendedahkan statistik tersebut.

"Kira-kira 44 peratus wanita dari golongan berpendapatan rendah juga berkata, masalah kewangan mencetuskan salah faham di dalam keluarga akibat kenaikan tersebut," The Star Online hari ini memetik beliau berkata.

Ketika merasmikan program pengurusan kewangan keluarga, Aminah berkata, terdapat juga aduan mengenai gangguan along dan amaran dari bank kepada keluarga yang gagal membayar hutang mereka akibat kebuntuan untuk menguruskan kewangan mereka.

Program pengurusan kewangan keluarga itu akan diadakan di seluruh negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia. _

Thursday, July 23, 2009

AKU MAHU PULANG

Tarikh Penempahan:
Khamis, 25 Jun 2009
Nombor Penempahan:
UFN7BS
Status Penempahan:
DISAHKAN
Anda perlukan nombor tempahan ini berserta kad pengenalan
atau passport di kaunter check-in untuk menaiki kapal terbang.

Sibu (SBW) ke Kuala Lumpur LCCT (KUL) Economy










Sabtu, 01 Ogo 2009 Penerbangan AK 5193

Bertolak Lapangan Terbang Sibu (SBW) pada 13:20 dan tiba di Kuala Lumpur International Airport(LCC Terminal) (KUL) pada 15:10M

ASHARUL RIZAN ABDUL RAHMAN
BATU 24 SIMPANG TIGA
SELEKOH 36200
MALAYSIA

60134476946 (Home)
60194215968 (Alt)
60 (Fax)

mrshah_82@yahoo.com (Email)KLUMAT PENERBANGANBerlepas

MENU HARI INI - AYAM GORENG KURMA

Hari ni aku banyak mase free kat skul..Hari gaji lak 2..ape lagi aku buat masak2 la kat bengkel ERT.Ajak kengkawan makan..Aku masak simple jek masakan orang bujang..saje jek suke2 lepak2 makan ngan kengkawan.Menu aku eni nasi putih,ayam goreng kurma dengan telur dadar jek..hehehehe
NOTE:Sorry pic x bagus.Ni balance yang tinggal untuk Sani n Ila

X ni aku nak share la resipi Ayam Masak Kurma Goreng ni ngan kengkawan sume.

Bahan:
  1. kulit kayu manis dan bunga lawang
  2. rempah kurma
  3. bawang putih
  4. bawang merah
  5. cili api
  6. asam keping
  7. ayam
  8. sedikit air
  9. daun kunyit(pilihan..kalau x nak letak pon x pe)
Cara memasak:
Ayam di goreng dan asingkan.tumis kulit kayu manis dan bunga lawang kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah di kisar.tumis sehingga naik bau.kemudian masukkan rempah kurma.masukkan sedikit air jika terlalu kering.masukkan ayam yang telah digoreng dan biarkan masak.kemudian taburkan daun kunyit..

selamat mencuba!:)

PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari suatu kebebasan
Mencari satu kedamaian
Di mana berakhirnyaPerjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padaMuOh Tuhanku
Di mana berakhirnyaPerjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikuOh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padaMuOh Tuhanku
Aku setia hanya padaMuAku setia hanya padaMu



PERHIMPUNAN PETANG

Salam untuk semua..Pada posting x ni aku nak share ngan sume pasal perhimpunan kat sku aku ni.Pic kat atas 2 aku amik masa perhimpunan mingguan pelajar sesi petang.Waktu perhimpunan hari Rabu 5.40-6.15 petang.Apa yang aku nak tunjuk kat korang perhimpuanan kat skul aku nih simple jek.Tguk budak2 baju bermacam ragam sebabnya hari Rabu ni hari Unit Beruniform.So pelajar di galakkan memakai pakaian unit beruniform masing-masing.Aku pon lau hari rabu ni pakai baju bomba jek..hahahaha.Kitorang buat perhimpunan ni kat Dataran Seri Semangat.Kira dataran nih multi purpose la coz ni la tempat budak2 p.j,cni la court bola tampar,takraw dan bola keranjang.

Note:Hehe..Korang tguk cekgu2 sesi petang..sempoi jek..Asal boley jek time perhimpunan..:P

FOR SMOKER LIKE ME?


















Hari ni aku nak berkongsi ngan kengkawan pasal rokok la plak..hihihi..cam xdek topik len la plak kan..Saje jek aku masukkan topik nih sebab enih 1st time aku beli rokok Memory ni.
Aku beli ni pon sebab terpaksa.Rokok yang biasa aku isap x dek lak kat kedai..Rase ok la rokok ni tapi pedey tekak sket la.Bese la 2 tukar rokok laen memang cam 2 tekak cam xley terima lagi.
Harga?hehehe.. Memang jilat rokok ni..Korang bayangkan sekotak 20btg harga die Rm1.60.Jimat byk woo..Kalau kat semenanjung beli Dunhill 20 compare ngan rokok nih ley beli 5 kotak..So isap rokok memory utk 5 hari same dengan isap rokok Dunhill sehari..Pahamkan?Cane bezanya harga rokok nih.















Rokok jek la pon yang bley jimat kat Kapit nih..Yang len harga sume cekik darah.Mahal nak mampos..Mujur la de barang smuggle cam nih.ley la jimat duit..hehehehe

Compare Memory ngan Parkway..Parkway best!!


Wednesday, July 22, 2009

PENEMUAN VIRUS BARU 'B1NI'

Menggemparkan!itulah ayat yang paling sesuai menggambarkan penemuan satu lagi virus yang merbahaya yang kini telah menyerang beberapa sekolah di sekitar Kapit.Mengikut ramalan virus ini semakin menular dan berkembang menjelang November ini.
Istilah penyakit B1N1 ini mula diperkenalkan di Smk Kapit dan virus ini sebenarnya telah lame berkembang di sekolah-sekolah lain sekitar Kapit.Apa yang membimbangkan pesakit yang menghidap virus ini akan kerap pulang ke kampung.
Tanda-tanda penyakit B1N1:
  1. Sukar tidur malam
  2. Sering bercakap di telefon dengan nada yang sungguh manja
  3. Kurang selera makan
  4. Muka kelihatan serabut
  5. Hilang mood
  6. Sangap
  7. Kerap buka laman lucah
  8. Asyik bukak laman web Airasia dan Malaysia Airlines
  9. Kerap pulang dan mengambil cuti
Jika anda mempunyai simptom2 di atas harap anda banyak2 bersabar.Semua itu dugaan..biarlah apa orang yang nak kata.Yang penting bahagia.Bak kata pepatah.Jangan menang sorak kampung tergadai..tunaikan tanggungjawab di sekolah tapi jangan sampai lupakan tanggungjawab terhadap isteri

p/s:B1N1 penyakit ingat kat bini..hehehe

TANDA-TANDA KELAHIRAN SI COMEL


Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa 'panik'.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Pecah air ketuban: Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).



Sumber Petikan: Utusan 15 Julai 2002 Ruangan Tanya Doktor

SENAMAN IBU MENGANDUNG

Melakukan senaman dan kerja-kerja ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan otot-otot. Senaman yang paling sesuai untuk wanitawanita yang sedang hamil ialah senaman yoga, kerana senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot. Tujuan lain senaman yang dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.

Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan untuk dilakukan oleh wanitawanita sedang hamil

Perhatian:
Elakkan dari melakukan gerakan melompat-Iompat dan gerakan yang tibatiba. Lakukan senaman dengan lemah-Iembut dan perlahan-Iahan.

A.

MEREGANG LENGAN BERGANTIAN Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi

B.

MEREGANG MATA KAKI

Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah lutut depan dan perlahan-Iahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas kenyamanan.

C.

JONGKOK

Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok baik untuk meredakan ketegangan punggung dan untuk meregangkan mata kaki.

D.

MEREGANG

Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh kenyamanan memungkinkan. Perlahan-Iahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.

E.

MEREGANG TUBUH

Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-Iahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pad a sisi lainnya.

F.

PEREGANGAN BERBARING

Berbaring rata menelentang dengan kedua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kiri ke atas sehingga jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa detik. Ulangi dengan kaki kiri di tekuk.