Sunday, July 26, 2009

SEKS KETIKA HAMIL

MENGIKUT pandangan pakar perbidanan dan sakit puan, secara umumnya tidak ada masalah untuk saudara melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau mengandung.

Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai kesan berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm yang dialami isteri saudara akan menjadi lebih hebat.

Bagaimanapun, akan timbul kebimbangan mengenai hubungan seks ketika mengandung yang dikatakan membahayakan kandungan. Perubahan hormon dalam badan isteri anda akan membawa kepada perasaan loya dan letih. Ini mungkin menyebabkan beliau tidak ada keinginan melakukan hubungan seks.

Seseorang wanita juga akan merasa tertekan apabila berlaku perubahan dari segi bentuk badan yang makin membesar. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan segan untuk melakukan hubungan seks.

Bagi lelaki pula, ramai menganggap keadaan tubuh wanita semasa mengandung lebih menarik dan mengghairahkan.

Apa yang penting, saudara perlu berkomunikasi dengan isteri dan berbincang dengannya. Jika beliau tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual.

Ini termasuk sentuhan fizikal, urutan, cumbuan, pelukan, ciuman dan mutual masturbation. Paling penting, keputusan perlu dibuat bersama dan dipersetujui kedua-dua pihak.

Jika hubungan fizikal tidak menjadi masalah bagi pasangan anda, saudara perlu mengubah posisi hubungan seks terutama sekali apabila abdomen isteri saudara menjadi semakin besar.

Ada beberapa posisi yang boleh dipraktikan termasuk:

Posisi wanita di atas (woman on top).
Spooning iaitu kedua-dua berada dalam keadaan mengiring dengan lelaki di belakang wanita, zakar dimasukkan ke dalam vagina dari belakang.
Hands and Knee iaitu kedudukan wanita seperti merangkak.
Isteri duduk atas riba.

Posisi ini akan mengurangkan tekanan kepada abdomen yang sedang membesar. Selain itu, ia boleh mengelak rasa takut jika hubungan membahayakan kandungan. Saudara boleh meneruskan hubungan seks hingga isteri mencapai tahap akhir mengandung.

Ada beberapa keadaan di mana hubungan seks akan membahayakan kandungan. Ini termasuk:
Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
Isteri mengalami pendarahan.
Saudara atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.

Sebagai kesimpulan, hubungan seks semasa mengandung tidak membahayakan malah boleh menjadi lebih menyeronokkan.

Namun jika saudara tidak pasti, saya nasihatkan anda dan isteri berbincang dengan pakar sakit puan sebelum melakukan hubungan seks. Ini penting supaya tidak berlaku kemudaratan kepada kandungan.

4 comments:

  1. arrr berat la weh... kenal amal ni

    ReplyDelete
  2. hehehhe...amal makruf nahi mungkar...:Pkihkihkih

    ReplyDelete
  3. nak amal pon xleh lg... de buleh nnt gak... byk la pahala bleh hah hah hah

    ReplyDelete
  4. hahaha...jdik suppo abe long

    ReplyDelete