Monday, July 27, 2009

BAHAN LUCAH DALAM E-BOOK

KUALA TERENGGANUSekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah ‘celik IT’ apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkara itu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasil pemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

“Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

*sumber Kosmo

So?inikah kejayaan yang dihasilkan melalui penggunaan e-book?memang bagus sebenarnya penggunaan e-book ni.Tapi salah penggunaannya akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan.Kalau ini terjadi lebih merugikan anakanak bangsa.Yang untung tokey2 pembekal e-book dapat untung berjuta2.Budak2 2 oley belajar seks walaupun abg2 mereka di sekolah menengah belum pun dapat belajar pendidikan seks..hehehe..kemajuan memang penting..tapi ada batasnya dan perlu ada bimbingan..jangan sampai tersesat jauh..Menang sorak kampung tergadai nanti

4 comments:

  1. skuod... demo pon jgn la deh heh heh

    ReplyDelete
  2. kawe x simpan..x download.clear laptop kawe...tguk online jah..hahahah

    ReplyDelete
  3. rrr beratttt la... sumbat jugak.. xdok masa nak layan weehhh

    ReplyDelete