
KAPIT 29 julai-Pesta Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan pelajaran atau ringakasnya PSKPP peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Bahagian Kapit pada tahun ini mulai 29 Julai hingga 2 Ogos.Pelbagai acara dipertandingkan dan sekolah-sekolah sekitar kapit telah di tanggungjawabkan untuk menjadi penganjur bagi acara-acara tersebut.

Sekolah aku, Smk Selirik telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengelola bagi pertandingan sepak takraw.Pertandingan di adakan di 2 venue iaitu bagi kategori senior di jalankan di Smk Kapit no.2 dan bagi kategori Veteran diadakan di sekolah aku.Semua guru sibuk memastikan segala perancangan dan perlawanan berjalan dengan lancar.