Wednesday, July 22, 2009

SMK SELIRIK VS SMK BALLEH 0-0

Perlawanan ke 2 peringkat kumpulan menemukan Smk Selirik dan Smk Balleh pada 11.7.09.Selirik menurunkan barisan terkuatnya memandangkan Balleh merupakan antara pasukan yang dianggap handal dalam kumpulan ini
Kelihatan pemain bermain bermati-matian untuk mendapatkan gol dan kemenangan kerana kemenangan akan memberikan laluan cerah kepada setiap pasukan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.
Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan tampak hebat apabila keduduka terikat 0-0 sehingga tamat masa permainan.Penguasaan permainan oleh Selirik sepanjang permainan belum cukup untuk merobek gawang pasukan Balleh.Semoga pemain dapat melakukan percaturan baru dan kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Tuesday, July 21, 2009

Rahsia Cinta Pasangan Yang Cemerlang.

Pasangan Yang Cemerlang – Semua orang yang berpasangan ingin mempunyai sebuah perhubungan yang sentiasa ceria, kukuh, mantap, penuh dengan cinta dan romantik, dan juga kalau boleh tidak berlaku konflik di dalamnya. Namun “tradisi” dalam perhubungan itu sendiri tidak memungkinkan ia bebas dari berlakunya perselisihan faham, “bermasam-muka”, terasa hati dan “perkara-perkara yang sewaktu dengannya.”


Pasangan yang cemerlang bertengkar dengan bersebab. Mereka tidak bergaduh besar dan tidak terlalu mengikut emosi bila keadaan menjadi tegang. Pasangan yang tidak berfungsi dengan sempurna juga bertengkar atau mungkin tidak, tetapi apa yang pasti ada pada pasangan seperti ini ialah mereka menyimpan perasaan tidak puas hati dan selalunya membenarkan perasaan ini bertambah dalam diri. Masalah utama kepada setiap pasangan ialah perasaan tidak puas hati dan geram. Ia umpama barah yang merebak tanpa disedari dan mempengaruhi dalam tindakan dan perkara yang lain. Bila perasaan ini semakin terbina dalam diri, bertambah dan berkembang, ia mula memberi kesan ke atas persepsi kita terhadap pasangan. Trauma semasa kanak-kanak atau perhubungan yang lepas selalu juga menghasilkan perasaan geram/tidak puas hati yang ditujukan dalam sesuatu perhubungan yang baru.

Macamana seseorang boleh jadi seperti ini? Perasaan tidak puas hati adalah perasaan marah atau geram yang terkumpul atau bertambah secara perlahan-lahan dalam diri seseorang akibat daripada melakukan atau memberi sesuatu dengan berlebihan berbanding dari apa yang diperolehi. Memberi dengan berlebihan dari apa yang anda dapat semula adalah baik sekiranya ia berpada-pada. Namun, tiba pada satu masa ini akan membuatkan seseorang itu rasa ditipu atau dipermainkan.

Ramai wanita percaya bila seorang lelaki hadir dalam hidupnya, inilah masa untuk dia menerima. Dalam hati dia berkata, “Akhirnya, aku dah ada seseorang untuk menjaga, mengambil berat kepada aku seperti aku mengambil berat terhadap orang lain.” Hakikatnya lelaki itu tidak tahu pun bahawa dia sepatutnya mengisi segala kekosongan yang wanita itu ada dan fikirkan.

Anda perlu ingat perkara ini. Lelaki bukanlah satu kejadian yang dapat memahami diri anda dengan mudah. Sekiranya anda tidak memberitahu dan tunjukkan kepadanya bila dia melakukan sesuatu yang melukakan hati anda, kebarangkalian dia terus melakukan perkara yang sama itu tinggi kerana dia tidak tahu, tidak sedar yang dia telah melukakan anda. Ini pasti akan menambahkan lagi luka di hati anda kerana kelihatannya dia hanya “buat bodoh” seolah-olah tidak ada apa pun yang berlaku

Sebagai orang yang matang dan dewasa, konflik sentiasa dihadapi dalam sesuatu perhubungan intim dan istimewa. Kalau anda ingin berada dalam sesuatu perhubungan dan dalam masa yang sama anda tidak mahu mengambil risiko, anda perlu lupakan sahaja idea atau impian untuk berpasangan apatah lagi berkahwin. Terlibat dalam sebuah perhubungan sebagai seorang yang matang dan dewasa bermakna anda perlu dan mesti berhadapan serta mengambil risiko.

Ada masanya anda perlu berkata sesuatu, menunjukkan, dan menegaskan sesuatu perkara dan bertanya sesuatu soalan yang kelihatan seolah-olah memalukan atau melukakan pasangan anda. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak boleh mengambil risiko dalam perhubungan bersama pasangan anda, sesuatu yang pasti, anda tidak mungkin jadi semakin intim dengannya. Tentang isu tertentu yang anda rasa pasti anda tidak perlu timbulkan, maka janganlah langsung anda timbulkan perkara tersebut.

Menekan/memendam perasaan marah memberi kesan ke atas bahagian yang paling penting dalam diri setiap wanita, HATInya. Ini adalah bahagian yang kita semua miliki dalam diri kita. Ia adalah separuh daripada psikologi kita yang dipanggil bahagian yang mempunyai tindakan luar sedar dan tugas utamanya adalah untuk melindungi dan membolehkan kita terus hidup.

Sewaktu kita kecil, bahagian ini bertanggungjawab dalam membantu untuk kita terus hidup dan mendapat kekuatan. Bila kita rasa terancam, bahagian luar sedar ini mula bertindak sebagai pertahanan untuk keselamatan diri apatah lagi bila ibu bapa atau penjaga kita tidak melakukan sesuatu, HATI kita akan mula bertindak dalam mod untuk menyelamatkan kita.

Untuk menggambarkan perkara ini, andaikan anda berada dalam sebuah keluarga. Dalam keluarga ini, anda berasa seolah-olah tidak mendapatkan kasih-sayang (atau tidak difahami, tidak cukup selamat, dsb). Mungkin juga tidak mendapatkan kemesraan yang mencukupi. Dalam keadaan ini, hati anda perlu mencari jalan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang masih tidak berdaya ini, supaya anda dapat mengharungi situasi yang seumpama itu. Terasa juga ingin mengadu kepada orang lain tetapi anda terfikir apakah yang mereka boleh buat? Akhirnya, hati anda meyakinkan anda yang anda sebenarnya tidak perlukan kasih-sayang sama sekali.

Dalam usaha untuk membuatkan anda rasa tenang, hati anda berkata, “Anda tak perlu rasa disayangi. Percayalah, anda akan ok tanpanya”. Hati anda perlu “menipu” anda dan meyakinkan anda bahawa apa juga kehilangan yang anda rasakan adalah tidak penting dan anda tidak perlu rasa kecewa. Ini membolehkan anda membesar dan dalam masa yang sama anda tidak sedar betapa sebenarnya anda sangat memerlukan kasih sayang dan belaian.

Kemudian, hanya untuk memberi peringatan kepada anda ya, keadaan ini akan meletakkan seolah-olah satu
pagar kawat yang berduri di sekeliling hati anda supaya bila ada sahaja harapan yang anda rasa atau letakkan ke atas sesuatu atau seseorang, hati anda yang dipagari itu akan mengingatkan anda bahawa menaruh harapan hanya akan melukakan anda dan membuat anda kecewa. Bila saya katakan pagar kawat yang berduri, saya merujuk kepada perasaan yang kuat seperti ketakutan, keraguan, kekecewaan atau kelukaan.

Perkara seperti ini mungkin berjaya dilakukan dengan baik ketika zaman kanak-kanak dan kemudian anda pun dewasa. Semakin anda meningkat dewasa, sesuatu dalam diri anda mula berkata, “Tidak, sebenarnya aku inginkan satu perhubungan di mana aku disayangi, dibelai dan dimanja”. Jadi anda mula membenarkan orang lain mendekati anda dan sebagaimana dalam “dating”, perkenalan, percintaan, berpasangan, atau pun perkahwinan, pada peringkat awal hampir segalanya amatlah indah.

Namun demikian, perasaan yang indah ini mula membawa kembali kenangan dilukai dan kekecewaan yang telah anda lalui, iaitu kenangan semasa kecil dahulu bila anda mula menaruh harapan hanya untuk dilukai kemudiannya. Jadi pagar kawat yang berduri ini mula menjelma dan menaikkan dirinya di sekeliling hati anda dan tanpa sebab-sebab yang jelas, anda mula mensabotaj perhubungan anda sendiri. Dalam masa yang sama, pasangan anda terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apa salahnya dia?

Baiklah, dari perspektif hati anda, anda sedang dilindungi. Hati anda merasakan yang anda berkemungkinan akan dilukai sekali lagi. Walaupun anda bukan lagi kanak-kanak pada masa ini, perhubungan membuatkan anda “terdedah” seperti mana kita semua masih di zaman kanak-kanak. Sebab itu, bila kita terluka atau terasa hati, kita selalu bertindak primitif dan segalanya dirasakan bersifat peribadi. Ini sebabnya kebanyakan lelaki dilihat sukar untuk memberi komitmen dan kebanyakan wanita sukar untuk membenarkan seseorang mendekatinya atau mempunyai sebuah perhubungan yang berkekalan. Hati mereka percaya mereka masih lagi memerlukan perlindungan walaupun ini akan menjauhkan mereka daripada sebuah perhubungan yang mereka sangat inginkan.

Sekarang,
macamana anda ingin mengetahui bagaimana sekiranya perkara seperti ini sedang berlaku dalam hidup anda?

SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
sbs
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

BOMBA

Salam sume..ha..ni la pegawai2 bomba n anak2 buah kat skul aku..hehehe..sape paling smart?:P.Selain mengajar ni la aktiviti aku kat cni.Kokurikulum..nampaknya tahun nih matlamat aku nak memajukan pasukan kadet bonba nih nampak berjaya.Pasukan ni sudah mula mendapat nama di Smk Selirik.
Ha...ni anak buah aku yang sei petang.. Amacam?ramai x yang berjaya aku rekrut?hehehe..Walaupun pasukan ni bergerak secara underground tapi semangat semua guru dan ahli telah membuktikan pasukan kadet bomba tahun 2009 antara pasukan unit beruniform paling mantap di Smk Selirik.Semoga dengan semangat ini pasukan ini akan dapat di daftarkan dengan secepat mungkin.Insyaallah

KAMPUNGKU

Salam kengkawan..kali ni aku nak share ngan sume view kampung aku..actually ni bkn kg aku pun tapi dekat ngan kg aku..hehehe..
Ermm..amacam?best kan petang2 duk atas jeti nih sambil tguk sunset..pemandangan indah waktu petang ni memang best..waktu mik gambar nih aku lom kawen lagi ngan mem aku..baru bertunang lagi..:P
Welcome..Selamat datang ke jeti Bagan Datoh..kat cni la aku selalu lepak kalau balik kg..Bawak mem aku lepak2...And yang paling penting ni la port mancing aku..hehehe..walaupun ikan x banyak yang penting dapat mancing..ha..atu lagi view aku x tunjuk kat cnih..Pemandangan kat tepi laut nih petang2..Ramai orang mancing udang..len x aku amik pic aku share ngan korang..hmm..mancing udang kat cnih memang masyuk lau kene cara n masa..sonok woo...

Sunday, July 19, 2009

GURU

Guru adalah…

Pendandan iman, penjana taqwa

Penggubah hemah, penjalin disiplin

Penyumbi budi, perapi pekerti

Pembancuh roh, pemateri peribadi

Pengukir daya fakir, penyolek intelek

Pencanai perangai, pemintal amal

Penyala daya cipta, perona rupa
Pengolah tingkah, penggembur tasawwur

Pemahat semangat, penala daya usaha

Pencanting daya saing, pemilin yakin

Pelentur tutur, pengarca bahasa

Pengandam azam, pembaja cita-cita

Penggilap sikap, penyusun santun

Pemahat minat, pengilat bakat

Pensasa raga, pencerna persona…

Guru adalah muaddib bijaksana

Tekun sabar mengadun tamaddun

Bagai lilin memperkasakan watak

Guru adalah murabbi cendekiawan

Gigih adalah meramu ilmu

Bagai obor mengupayakan minda

Guru adalah mufakkir istimewa

Giat rajin membaji jatidiri

Bagai lampu menjelitakan wibawa

Guru adalah mursyid pendeta

Jujur ikhlas mewarna budaya

Bagai lentera memperkayakan etika

Guru adalah mujahhid peka

Iltizam istiqomah melepa jiwa

Bagai bara mewajakan maruah

Guru adalah mu’alim mempersona

Budiman ihsan mengukir wawasan

Bagai unggun menceriakan impian…

-AZMI YUSOFF, BPM MARA

KATA USTAZ


Kata ustat

Kita ini semuanya sama

Tiada beza yang tua mahupun yang muda

Jangan menyombong atau takbur

Sesama manusia

Sekalipun kita berpangkat atau berilmu

Kerana disisi Allah

Kita semuanya sama…

Kata ustat

Jangan kita hina orang yang lemah

Yang kurang berada

Mahupun yang kurang paras rupa

Tiada beza yang mengerjakan sawah

Mahupun yang membina perumahan mewah

Kerana disisi Allah

Kita semuanya sama…

Kata ustat lagi

Jangan kita hina

Budak kecil yang comot lagi berhingus

Kerana dia tiada dosa

Sedangkan kita

Setiap waktu dan ketika

Memenuhi hati kita

Dengan titik-titik noda

Dalam tidur, dalam jaga…

Akhirnya ustat berpesan,

Ingatlah!

Kita manusia semuanya adalah sama

Yang membezakan kita

Hanyalah AMAL dan TAQWA

Biarlah kita kurang dimata manusia

Tetapi tinggi disisi ALLAH…

Peliharalah dirimu

Agar tidak dinodai dengan suasana

Sesungguhnya dirimu

Ada harga diri

Yang tidak ternilai mahalnya…

-SUARA DESAKU AMANDAMAI USM-